Saturday, April 24, 2010

PEMBENTANGAN SAYA

Minggu lepas,saya sudah membentangkan tentang Sejarah Negeri Terengganu Darul Iman. Cikgu Khairul menyuruh saya membuat dalam Microsoft Power Point dan membuat dalam sepuluh ‘slaid’. Semasa membuat persediaan untuk pembentangan, kerja ini menjadi agak susah kerana terpaksa mencari maklumat tentang Negeri Terengganu di dalam internet. Kawan saya turut membantu saya dalam menyiapkan kerja pembentangan ini. Akhir sekali, dapat juga menyiapkan kerja ini. Sekian Terima Kasih.

Friday, April 16, 2010

Microsoft Excel

Hari ini, Cikgu Khairul menerangkan kegunaan Microsoft Excel. Microsoft Excel digunakan untuk mengira, menganalisa, dan mempresentasi data. Peniaga sering mengguankan excel kerana excel dapat mengira jumlah dengan cepat dan betul. Excel sangat mudah untuk digunakan. Murid-murid juga menggunakan excel untuk menentukan pembelanjaan harian dan menyimpan baki duit yang dibelanja.

Microsoft Word

Hari ini, Cikgu Khairul telah mengajar saya cara-cara untuk menggunakan Microsoft Word. Microsoft Soft Word sangat penting kepada kita. Banyak kegunaan Microsoft Word. Antaranya, membuat surat lamaran kerja, surat undangan, surat rasmi dan membuat memo, membuat laporan dan lain-lain lagi. Selain itu, microsoft word juga dapat membuat dokumen berbentuk surat khabar.