Wednesday, February 3, 2010

HARDWARE AND SOFTWARE

Perkakasan computer (hardware) boleh dibahagikan kepada kumpulan berikut:
Input:Peranti input membenarkan anda berkomunikasi dengan komputer. Anda akan memasukkan data dan maklumat serta mengeluarkan perintah pengguna. Peranti input ialah papan kekunci, tetikus, kayu bedik, dan lain-lain.
Output:Peranti output mempamerkan maklumat pada skrin atau pencetaknya pada kertas. Monitor, pencetak dan speaker ialah peranti output.
Storan:Peranti storan digunakan untuk menyimpan program dan data yang tidak digunakan. Peranti storan yang banyak digunakan ialah cakera liut, cakera keras, CD-R dan pemacu pita.
Pemprosesan:Mikropemprosesan atau unit pemprosesan pusat (CPU) ialah cip utama dalam komputer. Mikropemproses akan memproses arahan dan maklumat yang telah dimasukkan ke dalam siistem komputer. Mikropemproses berkommunikasi dengan peranti input, output dan storan.

Perisian komputer (software)

Perisian berfungsi menjalankan komputer mengikut susunan yang dikehendaki. Tanpa perisian atau program komputer tidak dapat menjalankan fungsi seperti yang dikehendaki. Antaranya ialah:Mikrosoft Windows, Mikrosoft Word, Exel, Powerpoint, Frontpage, Outlook dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment